Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kelantan Football Association - KAFA) merupakan salah sebuah persatuan bola sepak di Malaysia yang mewakili negeri Kelantan Darul Naim. Pasukan yang lebih dikenali sebagai Pahlawan Merah (The Red Warriors) ini berpangkalan di Jajahan Kota Bharu, ibu negeri Kelantan. Stadium utama pasukan Kelantan FA ialah Stadium Sultan Muhammad Ke-IV yang berkapasiti 30,000. Pasukan ini merupakan salah satu pasukan yang bersaing dalam Liga Super Malaysia, iaitu liga tahap tertinggi dalam Liga Malaysia.
Sejarah Bola Sepak Malaysia : Kemenangan Terbesar
Pada bulan Ogos 1962 , skuad bola sepak negara kita menarik perhatian dunia dengan kemenangan yang ...BOLA SEPAK dikatakan sukan pertama yang dibawa dari negara luar ke Malaya ketika pendudukan British pada sekitar 1825.
Beberapa kelab kemudian ditubuhkan di kawasan yang mempunyai ramai rakyat British seperti di Selangor, Kuala Lumpur, Perak, Johor dan Negeri Sembilan.
Bagaimanapun pada tahun 1926, asas penubuhan Persatuan Bola Sepak Malaya (FAM) dilakukan sebelum ia menjadi rasmi sebagai badan induk pada 1933.

