Kedah belasah Perlis

Friday, 24 January 2014

Kedah berjaya meraih kemenangan selesa 4-1 menentang Perlis dalam aksi pembukaan Liga Perdana yang berlangsung di Stadium Darul Aman.
Dalam perlawanan tersebut, pertahanan Perlis jelas longgar sehingga membenarkan skuad Hijau Kuning banyak menguasai permainan sejak diawal.
Bagaimanapun, dengan hanya satu kesilapan penjaga gol Kedah Muhaimin yang tidak diduga apabila membuat 'clearance' tidak menjadi, ia memberikan perlis peluang untuk mendahului perlawanan menerusi jaringan mudah Farizal Rozali pada minit kedua.
Selepas itu, Kedah terus bangkit tanpa belas kasihan dengan membalas empat gol menerusi Baddrol Bakhtiar pada minit ke-32, Billy Mehmet (M36, M82), Syazwan Zainon (M44).
Baddrol membuka jaringan gol Kedah menerusi rembatan mengelirukan. Empat minit kemudian Kedah dihadiahkan sepakan penalti apabila Baddrol dijatuhkan di dalam kota penalti sebelum disempurnakan dengan mudah Billy Mehmet.
Lima minit sebelum berhenti rehat, Syazwan Zainon pula tampil menghadiahkan gol keempat Kedah menerusi rembatan pada sudut yang sukar.
Babak kedua, Kedah terus tidak menoleh ke belakang, malah terus memburu gol. Usaha mereka akhirnya berhasil apabila Mehmet membuat gerakan menarik sebelum merembat deras dengan kaki kiri kearah penjuru gawang Perlis.
Perlawanan berkesudahan 4-1 berpihak kepada Kedah.

0 comments:

Post a Comment