Dickson perlu berehat 2 minggu lagi - Smith

Sunday, 26 January 2014

27.01.2014 - Meskipun kelibatnya dapat dilihat di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Ronald Smith mengesahkan penyerang import, Dickson Nwakaeme tidak akan diturunkan untuk pertemuan dengan Selangor.
Bekas penyerang Kelantan itu terpaksa diketepikan sejak perebutan Piala Sumbangsih yang menyaksikan dia hanya bertahan tidak sampai separuh masa pertama akibat kecederaan hamstring.
"Saya tidak pasti. Tapi dia semakin pulih tapi saya tidak mahu memperjudikan kecederaan hamstringnya.
"Dia mungkin terpaksa berehat lebih lama jika saya mengambil risiko.
"Dia mungkin akan kembali dalam tempoh 10-14 hari," jelasnya.
Pemain tengah, Hafiz Kamal juga belum pasti untuk diturunkan kerana mengalami kecederaan groin semasa bertemu Perak dan langsung tiada dalam senarai ketika menentang Sime Darby.
Menurutnya, dia kini sudah boleh berlari tetapi segalanya bergantung kepada latihan pada Isnin untuk menentukan tahap kecergasannya.

0 comments:

Post a Comment