30 Tahun Neraka: Politik Bolasepak Malaysia..!!!
Sunday, 2 March 2014
Ultras Malaya menuntut barisan kepimpinan FAM dirombak
secara besar-besaran semasa Pemilihan Kongres FAM penggal 2014-2018 yang bakal
menentukan hala tuju bolasepak negara untuk anak-anak watan pada masa hadapan.
Ultras Malaya menuntut barisan kepimpinan FAM yang
bertanggungjawab ke atas kerosakan-kerosakan yang disenaraikan di bawah agar ditolak
dan disingkirkan sama sekali di dalam Pemilihan Kongres yang akan diadakan:
1. Di bawah pentadbiran Presiden kini, Malaysia tidak pernah
lagi layak ke Sukan Olimpik. Kali terakhir Malaysia layak ke Sukan Olimpik
ialah pada 34 tahun yang lepas.
2. Di bawah pentadbiran Presiden kini, Malaysia tidak pernah
lagi layak ke Piala Asia secara merit. Kali terakhir Malaysia layak ke Piala
Asia secara merit ialah pada 34 tahun yang lepas.
3. Di bawah pentadbiran Presiden kini, Malaysia hanya
menyertai pusingan akhir Piala Asia sekali sahaja iaitu pada tahun 2007. Inipun
kerana Malaysia ialah tuan rumah bersama.
4. Pada Piala Asia 2007, Malaysia hanya mampu menjaringkan 1
gol namun dibolosi 12 kali, sekaligus menduduki tempat tercorot kumpulan.
5. FAM membenarkan penganjuran Jelajah Asia Manchester
United ketika Piala Asia 2007 sedang berlangsung, sehingga mengundang kecaman
hebat FIFA.
6. Di bawah pentadbiran Presiden kini, bolasepak Malaysia
dilanda skandal rasuah paling besar dalam sejarah mana-mana sukan di Malaysia
pada tahun 1994. Namun 20 tahun selepas itu sehingga kini, Presiden masih belum
meletakkan jawatan.
7. Pada Mei 2013, ultras telah mendapat tip bahawa
perlawanan membabitkan pasukan Kuala Lumpur telah diatur untuk menghasilkan
keputusan 0-5. Perlawanan tersebut berakhir dengan keputusan 0-5.
8. Apabila FIFA memperkenalkan sistem ranking dunia 21 tahun
lalu (1993), Malaysia menduduki ranking ke-14 Asia. Dalam era Presiden sekarang
ranking Malaysia menjunam ke kedudukan ke-29 Asia.
9. Pada tahun 1993, Malaysia menduduki ranking ke-77 dunia
namun ranking Malaysia menjunam ke kedudukan ke-150 dunia.
10. Lawan Malaysia pada malam semalam (1 Mac 2014) iaitu
Filipina pernah berada 85 anak tangga di belakang Malaysia pada tahun 1993
namun kini 23 anak tangga di hadapan.
11. Liga bolasepak Malaysia dikategorikan gred 'D' walaupun
menjalani peralihan selama 25 tahun daripada liga amatur ke liga semi-pro pada
tahun 1989, dan kemudian ke liga professional pada tahun 1993.
12. FAM memiliki sekali ganda lebih jumlah kakitangan
berbanding FA Jepun untuk mentadbir bolasepak Malaysia termasuk liga gred 'D'.
13. FAM juga merasakan perlu untuk menukar-nukar jumlah
pasukan dalam liga gred 'D' daripada 14 pasukan kepada 12 kepada 14.
14. Pasukan daripada liga bolasepak Malaysia tidak layak
untuk beraksi dalam Liga Juara-Juara Asia (ACL), termasuk perlawanan playoff.
15. FAM membenarkan penyertaan LionsXII ke dalam liga
bolasepak Malaysia, walaupun sedar AFC tidak akan membenarkan pasukan daripada
liga bolasepak yang memiliki pasukan bukan domestik untuk menyertai Liga
Juara-Juara Asia (ACL).
16. Di bawah pentadbiran Presiden kini, FAM telah 'melelong
maruah' negara kepada penganjur-penganjur perlawanan pertunjukan yang diragui
keputusannya.
17. Pada tahun 2009, FAM sewenang-wenangnya merelakan maruah
negara diaibkan oleh sindiket perjudian dalam skandal ‘Asiagate’, apabila
membenarkan perlawanan 'persahabatan' dengan pasukan kelab Monomotapa United FC
yang mengaku sebagai pasukan kebangsaan Zimbabwe.
18. Pada Februari tahun lepas, bekas Setiausaha Agung FAM
ketika itu dengan mudah menerima surat penjelasan pembatalan 'perlawanan
persahabatan' Harimau Muda 'A' daripada pengarah teknikal Football Queensland,
sedangkan perlawanan kononnya diadakan dengan kelab Brisbane Roar. Perlawanan
ini juga tidak pernah diumumkan oleh pihak kelab Brisbane Roar.
19. Hanya ejen perlawanan (bukan ejen pemain) yang berdaftar
dengan FIFA boleh membawa sesebuah pasukan bermain di Malaysia. Namun
Setiausaha Agung FAM enggan mendedahkan identiti ejen perlawanan 'pertunjukan'
dengan Barcelona pada tahun lepas.
20. Pada tahun 2012 ketika Kelayakan Piala Asia B-22,
terdapat bukti bahawa Myanmar telah menewaskan Malaysia dengan menurunkan
pemain lebih umur, namun Setiausaha Agung FAM ketika itu hanya menjawab
"saya tidak dimaklumkan".
Credit to Ultras Malaya
0 comments:
Post a Comment