Kim Swee sudah “blacklist” Norshahrul Idlan Talaha
Friday, 21 February 2014
Karier bolasepak Norshahrul Idlan Talaha bersama Harimau
Malaya mungkin sudah menemuai titik noktah selagi Datuk Ong Kim Swee melatih
pasukan Negara.
Ini kerana Kom Swee tidak berpuas hati dengan cara penyerang
Johor Darul Ta,zim dan bekas penyerang Kelantan FA itu menolak panggilan untuk
menyertai latihan skuad kebangsaan yang bermula pada hari Rabu lalu.
Kim Swee jelas begitu kecewa dengan sikap pemain yang
berasal dari Besut, Terengganu itu sehinggakan beliau seperti sudah berpatah
arang dengan sikap pemain ini. Itu menurutnya seperti sudah tidak berminat
untuk menyarung jersi kebangsaan lagi.
Tegas Kim Swee lagi, berkemungkinan besar beliau tidak akan
lagi memanggil pemain ini selagi beliau bergelar jurulatih skuad Harimau Malaya
selepas apa yang terjadi ini.
“Bagi saya dia akan dikenakan tindakan tatatertib atau
tidak,saya serahkan kepada budi bicara pihak pengurusan untuk tentukan.saya
tidak mahu sentuh. Samaada saya tidak lagi memanggilnya pada masa akan dating,
ada kemungkinan besar saya akan berbuat demikaian.”
Katanya,beliau tidak tahu mengenai alas an peribadi
Norsharul atau dikenali sebagai Mat Yo untuk meminta pengecualian daripada
menjalani latihan pusat kebangsaan selain daripada urusan menunaikan umrah pada
3 Mac depan.
“Saya tidak tahu alas an peribadinya (Norshahrul) kerana dia
hanya memaklumkan kepada pengurus pasukan (Datuk Subhan Kamal) menerusi
perbualan telefon sebelum ini. Saya memintanya dating melaporkan diri (Rabu
lalu) dan membawa bersama surat ,selepas itu dia boleh mendapat pelepasan,tapi
dia tidak hadir.
“Saya tidak kecewa dengan tidakannya,bagi saya sesiapa yang
gagal hadir untuk menyarung jersi Negara, bermakna mereka tidak berminat. Kita mempunyai
alas an tersendiri tapi yang mustahak di sini keutamaan kepada Negara. Saya
tidak mempunyai masalah dengan ketiadaanMat Yo kerana kita masih mempunya Bobby
(Gonzales), Ahmad fakir Saarani,, Safee Sali dan Baddrol Bakhtiar.” Kata Kim
Swee semalam.
Norsharul Idlan Talaha mencetuskan kontroversi apabila gagal
melaporkan diri pada Rabu lalu bersama dengan 24 lagi pemain pelatih skuad
kebangsaan,namun penyerang berpengalaman berusia 27 tahun itu diberikan
pengecualian selepas mengadakan pertemuan dengan Subhan Kamal.
Dalam perkembangan lain, Kim Swee sempat memuji komitmen dan
kesungguhan barisan pemain skuad Hariamau Melaya yang gigih menjalani latihan
untuk menghadapi aksi Kelayakan Piala Asia menentang Yamen nanti.
0 comments:
Post a Comment