MUNICH AIR DISASTER

Saturday, 8 February 2014

06/02/1958 : Berlakunya tragedi menyayat hati dalam sejarah bola sepak, Munich air disaster. Pesawat gagal berlepas dengan baik lalu terhempas.

Sebuah pesawat yang membawa penumpang terdiri daripada para pemain dan jurulatih Manchester United terhempas di Munich, mengorbankan 23 orang.

Ia melibatkan 8 orang pemain, 3 staf kejurulatihan, 2 kru pesawat dan 8 orang wartawan.

Ia meragut nyawa sebahagian besar potensi skuad kendalian Matt Busby - yang digelar 'Busby Babes'.

Skuad Man United dalam perjalanan pulang selepas seri 3-3 dengan Red Star Belgrade dalam saingan Piala Eropah. Pesawat berhenti di Munich Airport untuk mengisi minyak. Pesawat cuba berlepas, tapi terpaksa diberhentikan sebanyak dua kali gara-gara masalah enjin. Kru pesawat cuba memperbaiki masalah enjin tesebut.

Di luar, salji tebal meliputi kawasan. Angin juga kuat. Di percubaan ketiga untuk berlepas, pesawat gagal terbang, seterusnya gagal diberhentikan. Di penghujung landasan ia terhempas, lalu merempuh pokok dan rumah di pinggir landasan Munich.

Tumpahan minyak berlaku lalu berlaku letupan meranapkan pesawat, mengorbankan 23 orang serta merta. Kapten Man United, James Thain dan penjaga gol Harry Gregg antara yang terselamat berusaha menyelamatkan rakan-rakan lain termasuk lah Bobby Charlton dan Dennis Viollet yang tersangkut di tempat duduk.

Wartawan Frank Swift meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital. Pembantu juruterbang, Kenneth Rayment menghembuskan nafas terakhir setelah 3 minggu bertarung nyawa koma. Pemain sayap Duncan Edwards yang sebelum itu mendapat tempat ketiga anugerah Pemain Terbaik Eropah 1957, meninggal dunia selepas 15 hari di hospital.

Jurulatih Man United, Matt Busby mengalami kecederaan parah, namun terselamat selepas diberikan rawatan susulan.

Matt Busby hampir berputus asa untuk meneruskan kerjaya sebagai pengurus Man United. Tabah menghadapi dugaan, beliau membina semula skuadnya, generasi kedua Busby Babes. Penjaga gol Les Olives bersara serta merta kemudiannya menjadi setiausaha kelab, dan seorang lagi penjaga gol Jack Crompton mengambil tugas membantu Busby melatih skuad Man United. Beberapa pemain baharu dibeli dari kelab lain, bakat-bakat muda mula dibentuk. Muncul lah pemain seperti George Best dan Denis Law.

Dan 10 tahun kemudian, Man United memenangi kejuaraan Eropah, di mana antara anggota skuad juara itu adalah mereka yang terselamat dari tragedi Munich 1958 iaitu Bobby charlton dan Bill Foulkes.

Anda bukan peminat sejati Man United jika anda tidak tahu akan peristiwa ini.

Sebuah kelab itu gah kerana sejarahnya. Saat yang lain pandang sinis, sedar lah betapa sebenarnya mereka iri dan cemburu pada sejarah kelab yang gah.

0 comments:

Post a Comment