Tumpuan terarah pada aksi JDT, TRW
Tuesday, 12 August 2014Kelantan dan Johor Darul Takzim (JDT) menjadi perhatian peminat bola sepak Malaysia apabila kedua-dua pasukan bertemu dalam aksi pembukaan Kumpulan C, Piala Malaysia di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin.
Biarpun, rata-rata berpandangan JDT adalah pasukan pilihan dalam saingan Piala Malaysia dan turut mempunyai rekod yang baik ketika menentang Kelantan musim ini, namun ia tidak boleh menolak kemungkinan The Red Warriors (TRW) akan melakukan kejutan.
Bagi JDT, saingan Piala Malaysia 2014 adalah medan terbaik untuk membuktikan mereka layak memegang status juara Liga Super musim ini. Dengan perlaburan yang cukup besar pasti satu kejuaraan belum cukup bagi memuaskan kehendak peminat setia skuad Harimau Selatan.
Namun menanti mereka di perlawanan pertama nanti bukanlah lawan yang mudah. Seteru utama Kelantan pasti memberi cabaran yang cukup sukar buat anak buah Bojan Hodak ini. Dengan pelbagai konflik yang timbul sebelum ini, pertemuan ini pasti menjadi tumpuan peminat fanatik kedua-dua pasukan.
Dalam pertemuan Liga Super musim ini, JDT menang 2-1 pada pusingan pertama dan 3-0 di pusingan kedua.
Saingan musim lalu, menyaksikan Kelantan terpaksa melepaskan kejuaraan dimenangi pada tahun sebelum ini kepada Pahang selepas tumbang 0-1 dalam aksi final.
0 comments:
Post a Comment