PERAK DAPAT 'SELADANG' BARU

Thursday, 10 April 2014


Perak hari ini mengumumkan Milan Purovic dan Abdulafees Abdulsalam sebagai tenaga import baru mereka.
Selepas menyingkirkan Imad Ghaddar, The Bos Gaurus tidak menunggu lama untuk mendaftarkan dua pemain import di bahagian serangan itu bagi menyelamatkan musim mereka. 

Purovic merupakan pemain tinggi lampai yang pernah menyarung jersi kebangsaan Montenegro sebanyak tujuh kali. Ini merupakan kali pertama bekas pemain Sporting CP di kancah Portugal itu menabur bakti di Asia. 

Bagaimanapun, Abdulafees Abdulsalam pula bukan asing aksi di pentas Liga Malaysia apabila pernah beraksi untuk pasukan Shahzan Muda Pahang selama tiga musim (2005-2007) sebelum dia berkelana ke Liga Arab. 

Pemain kelahiran Nigeria itu memiliki kelincahan dan lebih menggemari posisi di belakang penyerang. 

Ironinya, Abdulafees akan menyambut harijadinya yang ke-30, sehari selepas pertemuan dengan Perak Sabtu ini. 

0 comments:

Post a Comment