HAI-O JADI MANGSA

Thursday, 10 April 2014


Kapten Angkatan Tentera Malaysia, Hairuddin Omar akui kehadiran Park Yong-Ho mengurangkan beban keseluruhan barisan skuad itu bagi menghadapi pusingan kedua Liga Super 2014.
The Gladiators jelas pincang tanpa beberapa tonggak pertahanan yang mengalami kecederaan antaranya Amirizdwan Taj Tajuddin, K. Reuben dan Spase Dilevski, sekaligus menyaksikan ATM terhumban ke dalam zon penyingkiran Liga Super.

Paling dirasai Hairuddin Omar apabila terpaksa beralih posisi dari bahagian serangan ke bahagian pertahanan.

Lantas, Hairuddin yang mesra dengan panggilan Hai-O turut yakin kelibat Yong-Ho mampu memberi perubahan positif kepada pasukan.

Sementara itu, bekas pemain Korea Selatan, Busan IPark dan FC Seoul ini menjelaskan pengaruh B. Sathianathan menjadi faktor dia menyertai Liga M sekaligus bertekad membantu ATM untuk kekal dalam persaingan Liga Super.

"Saya mengenali B. Sathianathan ketika mewakili skuad kebangsaan Korea Selatan. Jadi kerana itu saya berminat menyertai ATM dan kehadiran saya adalah untuk membantu ATM yang saya dapat tahu mengalami masalah di bahagian pertahanan," kata Yong-Ho.

0 comments:

Post a Comment