T-TEAM DIANCAM BUBAR!
Thursday, 10 April 2014Kekal atau dibubarkan, demikian kata dua yang disuarakan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said susulan prestasi kurang menyerlah T-Team dalam saingan liga pada musim.
Beliau mengingatkan sekiranya pasukan Titans gagal bangkit dan disingkirkan ke Liga Perdana, kerajaan negeri tidak ada pilihan selain membubarkan kelab itu.
Tindakan drastik ini bakal diambil kerana berjuta-juta ringgit sudahpun dibelanja oleh pihak kerajaan negeri bagi memastikan T-Team dan Terengganu mampu kekal kompetitif dalam saingan Liga Malaysia.
"Kita mahu melihat kedua-dua pasukan ini menunjukkan permainan terbaik dan bukannya beraksi ala yo-yo.
"Jika turun juga, tidak akan ada lagi kelibat pasukan T-Team musim depan", kata Datuk Seri Ahmad Said semasa majilis pelancaran Ekspedisi Terengganu De' Everest 2015, semalam.
Manakala berkaitan soal impian besar pasukan tersebut untuk menandatangani penyerang ternama, Nicolas Anelka, beliau berkata perkara itu masih di peringkat perbincangan.
0 comments:
Post a Comment