Mourinho: Saya masih hormati Liverpool

Sunday, 29 December 2013

Pengurus Chelsea Jose Mourinho mendedahkan pendapatnya sebelum pertembungan hangat dengan Liverpool di Stamford Bridge malam ini.




Suarez pernah meluahkan keinginan untuk bersama Arsenal demi penyertaan dalam Liga Juara Juara setelah digantung perlawanan akibat menggigit Branislav Ivanovic tetapi pengurus Reds Brendan Rodgers berjaya memujuk penyerang itu untuk kekal dengan pasukannya.
Penyerang itu kini mendahului senarai penjaring gol terbanyak dalam Liga Perdana Barclays dengan 19 gol dalam 13 penampilan dan telah menandatangani kontrak baru dengan Reds pada awal bulan ini.
"Setiap pemain berlainan dan mempunyai personaliti tersendiri." kata Mourinho sebelum pasukannya bertemu Liverpool di Stamford Bridge.
"Ia selalu berlaku pada musim panas, pemain ingin berpindah, selepas itu mungkin ada yang akan memaksa mereka untuk kekal.
"Ia bergantung kepada personaliti pemain itu bagaimana beliau ingin menangani situasi tersebut.
"Ia bergantung kepada niat mereka untuk balas dalam cara negatif dengan membalas dendam, dengan tidak memberi segala-galanya dalam sesi latihan.
"Ia juga bergantung kepada mereka jika ingin berkata: 'Okay, anda mahu saya, tetapi saya adalah seorang profesional dan saya ikhlas dan saya akan membuat yang terbaik.'
"Nampaknya sejak Suarez dipujuk untuk kekal, beliau telah membangkitkan prestasinya. Motivasinya amat jelas dalam setiap perlawanan."
Suarez juga telah disasar Arsenal dalam tawaran £40 juta mereka yang ditolak oleh Liverpool.
Apabila ditanya mengapa Chelsea tidak minat, Mourinho menjawab: "Semua minat dengan Surez.
"Pasti ada kelab yang sentiasa berpendapat bahawa mereka mampu mendapatkan pemain yang disasar. Kami juga sama."
Mourinho juga terkejut yang Suarez pernah menggigit pemain semasa di Belanda dan berkata: "Beliau telah membuatnya dua kali? Ya? Saya rasa beliau buat satu kali di setiap negara…" katanya sambil berlawak.
Pengurus Liverpool Brendan Rodgers pernah menjadi 'murid' Mourinho semasa di Chelsea dan pengurus Blues itu yakin beliau mampu mencapai kejayaan tidak lama lagi.
"Kami sering bertemu dan berbual. Kami sering mengucapkan 'selamat majujaya', tanya 'apa khabar' dan sebagainya.
"Beliau adalah seorang yang baik dan terbuka, dan sering memberi pendapatnya, seorang yang minat dengan sukan ini.
"Kami sukanya, semua dari pasukan saya minat dengannya sejak mula lagi.
"Kini beliau menggendalikan salah satu dari kelab terbesar di dunia.
"Beliau berhasrat untuk merangkul kejuaraan di kelab yang besar."
Dalam era pertama Mourinho di Chelsea, pertembungan dengan Liverpool adalah satu-satunya perlawanan yang paling menarik, terutamanya di persada Eropah.
Mourinho dan Rafael Benitez boleh dianggap sebagai musuh ketat dan konflik mereka paling hangat apabila Luis Garciz menjaringkan 'ghost goal' dalam Liga Juara Juara pada tahun 2005 untuk menyingkir Chelsea - pasukan Reds mengakhiri kejohanan itu dengan membawa kembali trofi ke Anfield.
"Anda hanya ingin bersaing dan membandingkan diri dengan kalb yang besar, anda tidak mahu membandingkan diri dengan kelab yang kecil, dan Liverpool adalah kelab gergasi." Mourinho berkata.
"Pada masa itu kami bersaing dengan mereka untuk beberapa kejuaraa, untuk Liga Juara Juara, untuk kejohanan Piala dan sebagainya, jadi ia perkara biasa.
"Pada masa yang sama saya amat menghormati Liverpool, sejarah dan tradisi mereka. Penghormatan saya kepada mereka tidak hilang walaupun mereka boleh dianggap sebagai musuh ketat kelab saya."
Apabila ditanya jika pasukan Liverpool ini boleh dibandingkan dengan pasukan Liverpool dahulu, Mourinho berkata: "Pasukan dulu handal, tetapi mereka masih dalam proses pembangunan sekarang. Saya masih minati pasukan mereka."
"Chelsea perlu mengambil kesempatan dari peluang yang dicipta walaubagaimana sedikit pun, itulah cara untuk kami menewaskan Liverpool.
"Selalu anda tidak dapat mencipta lima atau enam peluang dengan Liverpool. Anda hanya dapat dua atau tiga dan kami haru menyempurnakannya."

0 comments:

Post a Comment