Wenger ingin Gunners konsisten

Sunday, 29 December 2013

Pengurus Arsenal Arsene Wenger telah memberi amaran kepada pasukannya dan arahkan mereka untuk mengekalkan fokus jika enggan mecetuskan kemerosotan.


Sunday 29th December 2013
Pasukan Gunners akan bertemu Newcastle nanti selepas menewaskan West Ham 3-1 dalam perlawanan terakhir mereka.
Saingan dalam musim BPL tahun ini pula amat sengit dengan perbezaan hanya beberapa mata antara kelab gergasi lain seperti Manchester City, Liverpool dan Chelsea.
"Kami ingin meneruskan perjuangan untuk merangkul kejuaraan." kata Wenger, yang akan mula perlawanan tanpa pemain midfield Aaron Ramsey.
"Kami menang di West Ham dan mempunyai cita-cita yang besar - kami tahu saingan dalam Liga Perdana Barclays amat sengit dan keadaan semakin sukar sebaik sahaja anda kehilangan mata."
"Kami harus lebih konsisten.
"Selalunya keputusan perlawanan terakhir akan mainkan peranan besar tetapi apa yang penting adalah jika kami dapat mengekalkan prestasi yang konsisten.
"Kami mempunyai beberapa perlawanan yang agak sukar kerana kami telah bertemu Everton, di Naples dalam Liga Juara Juara, di Manchester City dan Chelsea dan kami sedar bahawa kami akan kehilangan beberapa mata.
"Apa yang penting adalah untuk menjadi lebih konsisten.
Walaubagaimanapun Wenger enggan mendedahkan tentang kemungkinan mendapatkan pemain baru dan pabila ditanya jika pasukan Gunners sasar pemain lain, Wenger menjawab: "Saya berpuas hati dengan pasukan saya dan pada masa ini musim perpindahan belum bermula."

0 comments:

Post a Comment