Review Stoke City Vs Chelsea (7/12/2013)
Monday, 9 December 2013
"We didn't score enough goals and on top of that we made defensive mistakes. If you don't score a lot of goals but you don't make defensive mistakes, then you can win with just one goal. - Jose Mourinho
Untuk season 2013/14 sahaja Chelsea dah conceded 17 kali lebih banyak berbanding Arsenal ,City ,Everton,Spurs , Southampton mahupun Aston Villa . So bedasarkan statistik / info yg admin cilok & kata2 daripada jurulatih mereka, ini menyatakan bahawa kelemahan ini memangnya berpunca daripada bhg defensive Chelsea.
Ok kita cuba membuat sedikit kesimpulan mengenai bhg defensive Chelsea.
Di bhg defensive line , pemilihan back four Chelsea sememangnya tiada pertukaran sejak daripada 6 game lepas iaitu Azpilicueta dan Ivanovic mengalas tugas di posisi fullback manakala pairing centerback di isi Terry & Cahill . Manakala di bahagian Defensive midfield jugak merupakan pemilihan yg sama iaitu Lampard & Ramires kekal sbg pilihan utama berbanding Essien / Mikel.
Di bhg centerback, kita melihat kedua pemain yg calm menjadi taruhan Mourinho , dengan aspek physical attribution sweeper-stopper , kedua mereka mengalas tugas back-to-back sweeper berbanding jika Ivanovic ( natural CB ) atau Luiz ( natural CB ) bermain sbg stopper bergandingan. Adakah kerana sifat calm Mourinho inginkan Chelsea bermain flat defending walaupun kedua fullback lebih free bergerak ??
Di posisi Fullback , kedua pemain bukan berada di natural posisinya. kedua mereka di exsperimentasi utk bring out the best hidden ability mereka..ini mmg pernah di lakukan Mourinho ketika di Madrid / Inter. Tetapi adakah cara ini berjaya ?? yes,,cara ini sebenarnya berkesan dengan menjadikan pemain itu versatile di mana2 posisi di letakkan..spt yg terjadi kpd Azpilicueta masih dlm learning process ..
Di bahagian Holding / defensive midfield , Chelsea lebih baik bermain dgn trio holder berbanding dua holding midfield. Ini kerana conceded goal kbynyakanya berpunca daripada pemilihan duo yg kurang efektif utk shield kpd back four walaupun ini sebenarnya yg digunakan dlm formasi 4-2-3-1 iaitu sistem 2 defensive midfield. Nampak di sini , Mourinho tanpa adanya seorang pemain yg robust utk dirty job merupakan salah satu faktor juga lawan amat mudah bermain / masuk di kawasan Chelsea..Jika Luiz sekali skala di masukan di posisi ini mungkin Chelsea mendapat 1 perubahan sedikit dlm sistem attacking-defending Chelsea spt ketika di bawah kendalian Benitez kerana beliau adalah pemain yg boleh di harapkan utk kerja2 begini ( selain Miereles yg sudah berhijrah )
Jika gol daripada bhg set-piece, lack of concentration menjadi faktor Chelsea memberikan gol mudah kpd lawan ( ini yg bakal di perhatikan lawan setiap kali bermain menentang Chelsea ) dan jika gol berpunca daripada long-range shooting , counter attack slalunya mode standby tidak ada dlm plan pertahanan Chelsea di atas padang walaupun sebenarnya Mourinho cuba utk terapkan sistem kawalan setiap kali bermain.
Kesimpulanya , Mourinho terlalu awal utk melakukan perubahan kpd keseluruhan corak permainan dan pemilihan pemain berbanding mengekalkan dan memperkuatkan barisan pertahanan daripada serangan ketika ini . Jika foundation Chelsea seperti yg beliau lakukan ketika di Inter , Chelsea sepatutnya lebih selesa apabila menyerang jika pertahanan sudah kebal bg mana2 lawan. Tetapi ini sebaliknya..
Cara utk mengatasinya ?? jika beliau tidak melakukan pemilihan yg betul di atas sistem bertahan Chelsea, samada corak formasi ,taktik atau pilihan pemain..mungkin utk Jan tranfer nt..boleh lah usha2 utk pemain di bhg pertahanan daripada terus mengejar pemain2 yg overrated di barisan serangan .
0 comments:
Post a Comment