Asas Professionalisme Dalam Sokongan Bolasepak : Pembezaan Kapasiti
Monday, 17 February 2014
Situasi 1 : "Hal bola suku, politik suku. Biar la Nuar
Muso wat kijo untuk bola tapi kalu politik kawe tak caya lasung", kata
seorang lelaki yang sedang menjual pisang goreng di Bandar Kota Bharu dengan
penuh bengis.
Situasi 2 : "Pada masa itu, saya mewakili negara saya.
Bukan kelab saya. Itu memang perkara yang perlu dibuat demi kemenangan
kami", ulas Cristiano Ronaldo semasa ditanyakan wartawan Sokernet
berkenaan tindakannya mempengaruhi pengadil lantas menyebabkan Wayne Rooney
dibuang pada Piala Dunia 2006.
Situasi 3 : "Dia Presiden PBNJ. Dia Tengku Mahkota.
Kutuk Presiden PBNJ bermakna kutuk Tengku Mahkota Johor", kata seorang
lelaki berjersi JDT secara tegas. Semangat anak muda.
Ada persamaan dalam situasi 1 dan 2 tetapi berbeza sedikit
di situasi 3.
Situasi 1 - Seperti kita tahu, Kelantan ialah negeri yang
diperintah Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Ini bermakna majoriti penduduk
Kelantan ialah penyokong PAS. Tan Sri Annuar Musa ialah pemimpin tertinggi UMNO
di Kelantan. UMNO dan PAS ialah musuh dalam politik tanah air. Namun begitu,
rakyat Kelantan merangkap penyokong Kelantan tiada masalah untuk menyokong Tan
Sri Annuar Musa memajukan bolasepak negeri mereka. Menyokong Annuar Musa dalam
bolasepak bukanlah bermakna menyokong karier politik beliau. Mungkin ada yang
akan menyanggah dengan mengatakan Annuar Musa dapat menang Parlimen Ketereh
sebab bola. Tapi, saya bercakap tentang majoriti. Bukan dalam satu parlimen
semata-mata. Ini rumusan yang kolektif dan inklusif. PAS masih kukuh di
Kelantan meskipun Annuar Musa dah bawak Kelantan menang treble.
Situasi 2 - Cristiano Ronaldo ialah rakan sepasukan Wayne
Rooney yang paling serasi di Manchester United. Sorang assist, sorang score.
Sorang dummy, sorang score. Macam telepathy. Power nak mampus. Namun, keadaan
berbeza bila kedua-duanya bermain berasingan. Pertemuan Portugal dan England di
Piala Dunia 2006 menjadi panas akibat tindakan Cristiano Ronaldo mempengaruhi
pengadil sehingga Wayne Rooney dilayangkan kad merah. Mereka rakan sepasukan di
Manchester United tapi tidak bila mewakili negara. Ronaldo dikecam hebat.
Namun, dengan professionalisme yang dimiliki, beliau mampu memenangi Liga
Juara-juara dua tahun kemudian bersama Manchester United. Kerana apa? Kau dah
tahu jawapannya.
Situasi 3 - Kritikan demi kritikan menimpa Presiden PBNJ.
Sebab musabab 'kepanasan' itu saya tidak mahu ulas. Kita pandang depan. Saya
juga memilih untuk tidak menulis Tengku Mahkota Johor sebab saya sedang
bercakap tentang bolasepak. Bukan bercakap tentang sistem monarki selatan tanah
air. Saya tidak faham sebab apa ramai jadi hilang akal bila ada kritikan ke
atas Presiden PBNJ. Kritikan adalah atas kapasiti 'beliau' (aku tahu ramai
suruh tulis baginda) sebagai seorang presiden bolasepak negeri. Bukanlah
sebagai pemerintah Johor. Dan setiap kritikan ke atas beliau adalah dalam
konteks bolasepak. Agak senang seandainya setiap kritikan difahamkan seperti di
bawah. Kau pun tak diketawakan nanti bila menulis kata-kata nista atas sebab
emosional.
i. Isu askar ke stadium
Ayat - Tengku Mahkota Johor tidak hormat penyokong Kelantan
bawa masuk askar ke stadium.
Cara nak faham - Presiden PBNJ tidak hormat penyokong
Kelantan bawa masuk askar ke stadium
ii. Isu sasaran JDT
Ayat - Tengku Mahkota Johor mensasarkan 3 piala untuk musim
2014.
Cara nak faham - Presiden PBNJ mensasarkan 3 piala untuk
musim 2014
Kekecohan sekarang jadi sampai ada nak buat laporan polis,
ajak jumpa nak kelahi, maki-memaki di media sosial, dan banyak lagi sebab RAMAI
antara penyokong JDT tidak faham tentang kapasiti kritikan. Kau dah gila ke
kita sebagai orang Melayu nak jatuhkan institusi beraja. Saya secara peribadi
juga menghormati institusi beraja. Tidak ada pun sebab pun aku nak menentang
mereka. Pengulas lain aku tak tahu. Lepas ni diharapkan penyokong JDT lebih
profesional menangani kritikan dan mencari arah tuju sokongan. Ini benda basic.
Benda paling basic. Tapi terpaksa cakap sebab ramai menyimpang dari budaya
bolasepak kepada budaya kenegerian. Cukup-cukuplah.
Aku nak tambah sikit lagi. Buat penyokong JDT,
pandai-pandailah membezakan kapasiti kritikan. Saya tidaklah benci dengan JDT,
jauh lagi berdendam berkenaan insiden di Stadium Sultan Muhammad ke-4. Saya
profesional. TMJ juga dah belajar dari kesilapan apabila tidak mengulanginya
pada kunjungan kedua tahun lepas jadi tidak guna untuk aku terus mengungkit
benda sama. Dalam bolasepak, usik-mengusik, kutuk mengutuk, perli-memperli
ialah perkara biasa. Itu kemeriahan dalam milieu Liga Malaysia. Kita dinafikan
kemeriahan berupa permainan berkualiti, hantaran kemas, dan cubaan
mengelirukan. Hanya itu kemeriahan yang ada. Accept it or get ready untuk sakit
jubo.
Kesimpulannya, matang-matangkan fikiran. Jangan lebihkan
sokongan ke atas negeri melebihi sokongan ke atas bolasepak sehingga
menghilangkan roh the beautiful game. Orang pun menyampah. Ahh..panjang pulak.
Malas dah aku tulis. Ahir kata, Arsenal power Arsenal power Arsenal power.
p/s : Untuk situasi-situasi dia atas, El Clasico dan skuad
kebangsaan Sepanyol juga boleh dijadikan contoh. Kalau kau paham maksud aku,
kau power.
0 comments:
Post a Comment