Undian Peringkat Kelayakan Piala Eropah 2016
Friday, 21 February 2014
Undian peringkat kumpulan bagi Kejohanan Bola Sepak
berprestij Eropah iaitu Piala Eropah 2016 akan berlangsung pada 23 Februari di
Nice. Kejohanan Piala Eropah 2016 akan dihoskan oleh pasukan Perancis selaku
tuan rumah.
Undian pusingan kelayakan menyaksikan 55 pasukan akan diundi
dalam 9 kumpulan. 53 pasukan ini diletakkan dalam 6 balang di mana balang 1
hingga balang 5 mempunyai 9 pasukan manakala balang 6 pula akan mempunyai 8
pasukan. Lapan kumpulan akan mengandungi 6 pasukan manakala satu lagi pasukan
akan mengandungi 5 pasukan. Juara, naib juara setiap kumpulan akan layak secara
automatik bersama dengan pasukan terbaik di tangga ketiga manakala 8 pasukan
terbaik tangga ketiga akan bersaing dalam peringkat playoff bagi menentukan 4
lagi pasukan yang akan melangkah ke pusingan akhir Euro 2016 Perancis. Pusingan
akhir Euro 2016 Perancis bakal melibatkan 24 pasukan.
Berikut adalah 6 balang undian yang menempatkan 53 buah
negara-negara Eropah :
Balang 1 :
Sepanyol, Jerman, Belanda, Italy, England, Portugal, Greece,
Russia, Bosnia and Herzegovina
Balang 2 :
Ukraine, Croatia, Sweden, Denmark, Switzerland, Belgium,
Republik Czech, Hungary, Republik Ireland
Balang 3 :
Serbia, Turki, Slovenia, Israel, Norway, Slovakia, Romania,
Austria, Poland
Balang 4 :
Montenegro, Armenia, Scotland, Finland, Latvia, Wales,
Bulgaria, Estonia, Belarus
Balang 5 :
Iceland, Ireland Utara, Albania, Lithuania, Moldova,
Macedonia, Azerbaijan, Georgia, Cyprus
Balang 6 :
Luxembourg, Kazakhstan, Liechtenstein, Faroe Island, Malta,
Andorra, San Marino, Gilbraltar
0 comments:
Post a Comment