Peristiwa Besar Liga Perdana Inggeris Sepanjang 2013

Monday, 17 February 2014

Imbas peristiwa-peristiwa besar dalam Liga Inggeris sepanjang 2013.

1. Persaraan Sir Alex Ferguson

Ramai yang suka dia. Tak kurang yang membenci. Namun, suka atau tidak, kita semua perlu mengakui bahawa insan ini yang menjadikan Liga Perdana Inggeris sangat menarik tidak seperti yang kita lihat hari ini. Penuh dengan kejutan, drama, dan keangkuhan sebenar. Dah habis jadi manager, buat kecoh lagi dengan Roy Keane dan individu-individu lain melalui buku autobiografinya. Itu yang membezakan Sir Alex dengan manager lain. Ada telur!



2. Manchester United menang liga buat kali ke-20
Ini pencapaian yang pastinya hanya boleh dipecahkan oleh Arsenal. Bermula musim ini. Ya. Itu pasti.


3. Gareth Bale pemain termahal dunia tinggalkan Liga Perdana Inggeris
Ini salah satu tarikan di EPL 2013. Kesan dia kepada Tottenham amatlah besar. AVB bawak dia naik. Bale jadi power. Jual Bale pada harga £100. Dua tiga hari lepas AVB kena pecat.


4. Chelsea dan kuasa wang.
Dua individu yang hebat memegang jawatan pengurus di Chelsea dalam tahun yang sama. Benci boleh jadi sayang. Lawan boleh jadi kawan. Inilah kuasa duit!


5. Kegembiraan seluruh warga dunia kecuali peminat Manchester United
Moyes hadir sebagai pengganti Sir Alex Ferguson. In Moyes We Trust. He is The Chosen One! Kini semua orang sayangkan Ferguson kerana telah memilih Moyes. Thank you Sir. Rooney tak jadi lari. Bawak masuk Fellaini. Ahh banyak lagi la. Belum masuk part rekod lebur di Old Trafford lagi tu.

 


6. Kebangkitan Arsenal
Arsenal juga termasuk dalam senarai peristiwa besar pasal tahun ini tahun kebangkitan. Ini biasa yang orang cakap. "Awal season biasalah. Lepas January transfer habis jahanam." Aku tak nak cakap banyak sini. Jangkaan aku dah tulis masa pra musim lagi. Ozil masuk. Ramsey on-form. Kekalahan ke atas Manchester City itu hari ialah kekalahan terakhir mereka. Jadi, tunggu dan lihat okey. Calm your tits bebeh!


7. Suarez
Gigit Ivanovic. Kena gantung 10 perlawanan. Habis kena gantung, masuk main balik dan jadi sangat ganas untuk meletakkan diri sebagai penjaring terbanyak musim ini. Sedang dalam pertimbangan untuk ke Real Madrid. Main kat Liverpool tak boleh main Liga Juara-juara.


8. Ulangtahun penubuhan FA ke-150 tahun
150 tahun FA Egland ialah masa yang sangat lama. Generasi kita hanya menonton mereka semasa era kemajuan. 150 tahun dahulu mereka sama macam kita. Barai. Belajarlah sesuatu.


9. Greg Dyke jadi pengerusi FA baru.
Pengerusi baru nak adjust jumlah player yang betul-betul layak main. Lepas tu target nak menang Piala Dunia. England dah tukar. Kita bila lagi?



10. Kuasa duit ni Chelsea dengan Manchester City aje percaya
Wigan menang Piala FA lawan Manchester City. Lepas tu relegate ke divisyen 2. Pantang maut sebelum ajal.



11. Swansea menang bergaya di Piala Liga
Kelab biasa-biasa. Trofi ini ialah trofi utama jugak. Tahniah untuk Swansea. Peminat anda di Malaysia tidak ramai tapi anda hebat



12. Chelsea sebagai wakil kelab Inggeris menang piala di pentas Eropah.
Wenger cakap ini piala kelas kedua. Rafa cakap baik ada dari takde. Aku cakap darjat Arsenal terlalu tinggi untuk piala sebegini.



13. Teknologi garisan gol
Liga Perdana Inggeris menjadi liga pertama di dunia yang menggunakan teknologi garisan gol. Keeper Manchester United dah tak boleh kencing pengadil serupa dulu-dulu.



Kesimpulannya, tahun 2013 ada banyak peristiwa besar dalam liga. Ada yang bagus. Ada yang tak bagus. Kalau ada yang aku terlepas pandang, senaraikanlah sendiri. Itu gunanya ruang komen.










0 comments:

Post a Comment