FAM tidak ubah pendirian
Friday, 21 February 2014
Jawatankuasa Keselamatan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)
bertegas, larangan daripada membawa tiang atau objek keras menggunakan kayu
kekal selaras dengan undang-undang yang terkandung oleh Persekutuan Bola Sepak
Antarabangsa (FIFA).
Menurut pengerusinya, Datuk Salleh Mat Rasid, arahan itu
dilakukan demi keselamatan semua penyokong bola sepak yang hadir memandangkan
kayu yang digunakan untuk tiang bendera berkenaan boleh dieksploitasi menjadi
senjata jika keadaan di stadium tidak terkawal.
''Setelah berbincang dalam mesyuarat tadi, arahan yang
dikeluarkan sebelum ini iaitu penggunaan sepanduk bendera yang menggunakan kayu
tidak boleh dibawa masuk ke dalam stadium adalah kekal.
"Ia selaras dengan undang -undang di peringkat
antarabangsa.
''Saya minta pihak media bantu terangkan perkara sebenar
terhadap perkara ini.
"Jangan manipulasi dengan benda-benda yang tidak
sepatutnya sehingga boleh memanaskan keadaan dan mengancam aspek keselamatan
penyokong yang hadir ke stadium, " katanya pada sidang akhbar selepas
mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan di Wisma FAM, semalam.
Dalam masa yang sama, beliau memberitahu, akan menemui pihak
perbadanan stadium untuk meningkatkan aspek keselamatan di setiap gelanggang
pertandingan bagi memastikan bahan terlarang seperti suar tidak dapat memasuki
stadium, selain penggunaan kamera di kawasan-kawasan panas.
''Kemudahan di stadium itu sendiri belum cukup baik untuk
memudahkan kawalan sepenuhnya kerana stadium yang ada di negara kita bukannya
sebuah stadium yang dikhaskan untuk sukan bola sepak.
0 comments:
Post a Comment