Man. City lebih bagus daripada Man. Utd.

Friday, 21 February 2014


LONDON - Pengurus Manchester City, Manuel Pellegrini berkata, pasukannya telah menjadi kuasa dominan di Manchester musim ini.

Pengurus dari Chile itu menghormati rekod Manchester United, tetapi berkata prestasi City dalam kempen semasa menunjukkan bahawa mereka telah memintas seteru mereka itu.

"Jika kita hanya menilai musim ini, hanya ada satu kelab (menonjol) di Manchester dan itu adalah kami.

"Tetapi anda tidak boleh melupakan apa yang telah dicapai oleh United.

"Kami sedang berusaha untuk semakin maju dengan memenangi banyak trofi - bukan hanya peringkat tempatan tetapi juga antarabangsa," katanya kepada BBC Sports.

City kini berada di anak tangga ketiga Liga Perdana Inggeris dan mengekori pendahulu, Chelsea dengan tiga mata tetapi bermain kurang satu perlawanan.

Mereka telah layak ke perlawanan akhir Piala Liga, mara ke suku akhir Piala FA, dan masih bersaing dalam Liga Juara-juara, berdepan Barcelona dalam peringkat 16 pasukan terakhir.

Juara liga sebanyak 20 kali, United pula tercicir jauh daripada jirannya itu. Mereka kini berkedudukan ketujuh dan akan menentang Olympiakos dalam Liga Juara-juara, tetapi telah tersingkir daripada kedua-dua pertandingan merebut piala.


0 comments:

Post a Comment